OBJEKTIF



Selepas melalui beberapa bulan proses pengajaran dan pembelajaran kami mendapati beberapa perkara perlu difikirkan ketika mengelolakan ujian. Maka objektif inovasi ini adalah untuk mengatasi perkara-perkara berikut:

Masa yang banyak dalam menguruskan peperiksaan/ujian.


Dari pengalaman kami, proses menyediakan ujian/peperiksaan telah mengambil masa yang lama kerana ia merangkumi proses:
  • Membina soalan
  • Mentaksir soalan
  • Mencetak soalan
  • Melaksanakan ujian
  • Menanda skrip jawapan pelajar
  • Merekod markah
  • Membuat analisa

Sekiranya sebahagian daripada proses di atas dapat dihapuskan maka masa yang digunakan untuk perkara-perkara tersebut dapat digunakan untuk perkara-perkara lain seperti meningkatkan lagi kaedah pembelajaran yang lebih berkesan.



Kos yang terlibat.

Proses menjalankan peperiksaan yang sedia ada memerlukan pensyarah menyediakan soalan dalam bentuk salinan keras (kertas). Soalan-soalan perlu dicetak dan ini akan melibatkan kos percetakan seperti kos kertas dan kos dakwat/toner. Malah secara tidak langsung kos membaiki mesin pencetak juga terlibat.



Adakah peperiksaan yang dijalankan bersesuaian dengan CBE

Proses menjawab soalan yang digunakan secara konvensional ialah menggunakan kertas manakala CBE memerlukan pelajar untuk menjawab menggunakan skrin. Kedua kaedah ini memberi kesan ke atas tumpuan pelajar. Pelajar perlu dibiasakan dengan menjawab soalan soalan berbentuk CBE agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan ACCA kelak.




Adakah platform yang digunakan mampu menyediakan soalan-soalan berbentuk CBE

Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk menyediakan soalan-soalan kuiz. Namun adakah platform-platform ini mampu menyediakan soalan-soalan yang mengikut format seperti yang telah disediakan oleh pihak ACCA.



No comments:

Post a Comment