ABSTRAK

“Mmmm….mudahnya GF” merupakan satu inovasi yang telah dihasilkan oleh Pensyarah Unit Perakaunan Profesional, Kolej Matrikulasi Selangor. Inovasi ini lebih berfokus kepada kaedah menguruskan pentaksiran pelajar-pelajar JPPro bagi mata pelajaran Financial Accounting dan Management Accounting. Kaedah yang digunakan telah banyak membantu pensyarah-pensyarah meminimumkan kos dan masa dalam pengendalian peperiksaan. Malah ia juga mampu memenuhi keperluan peperiksaan ACCA UK dari segi format peperiksaan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar JPPro pada bulan Jun nanti. Bagi pelajar-pelajar JPPro pula kaedah pentaksiran yang dijalankan ini memberikan impak yang positif terhadap mereka. Mereka dapat merasakan satu pengalaman simulasi terhadap peperiksaan CBE (Computer based examination) kelak. Selain daripada itu ia mampu memberi motivasi dan persaingan di kalangan mereka. Pentaksiran ini juga salah satu cara yang berkesan untuk menjalankan tindak susulan ke atas pelajar-pelajar yang tidak mencapai sasaran akademik kerana inovasi ini menyediakan analisa peperiksaan secara menyeluruh, individu dan juga setiap soalan sebaik sahaja peperiksaan tamat. Dengan wujudnya inovasi ini pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar JPPro lebih berkeyakinan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah-pensayarah merasa yakin untuk melepaskan pelajar-pelajar mereka bagi menghadapi peperiksaan ACCA kelak.

2 comments:

  1. Objektif untuk membiasakan pelajar dengan kaedah CBE adalah sangat baik.
    Pada pringkat awal para pensyarah mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyediakan item2 soalan. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Moga terus berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ini kami telah mempunyai beberapa set soalan dan sedang berusaha menambah sebanyak mungkin soalan untuk kemudahan akan datang

      Delete